Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream

$
0
0

 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream 

 

Assalamualaikum... 

Baru sempat nak kongsikan tentang 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ni. Sebelum guna 3W Clinic Sunblock ni aku guna Biore yang botol oren tu. Banyak kali juga aku repurchase biore botol oren ni. 


 

Penting ke pakai sunblock ni? 

 

Kalau sayangkan kulit, pakailah sunblock untuk lindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB ni. Walaupun ada orang kulit tak pernah pakai skincare apapun kulit dia tetap cantik. Itu kulit dia! Kulit kita ni macam mana pula? Lagi lagi kalau selalu keluar dan terdedah dengan cahaya matahari.

Baca: Mitos Dan Fakta Tentang Sinar UV

 


 

Review 3W Clinic Sunblock

 

  1. Harga murah - agak murah berbanding brand lain. Harga dibawah RM10 tidak termasuk penghantaran di shopee. 
  2. Creamy textures dan ambil sedikit masa (lebih kurang 1-2 minit) untuk menyerap dan yang penting tidak meninggalkan kesan 'white cast' . Tak de la muka bercapuk ! 
  3. 70ml bagi aku ambil masa yang lama juga untuk habiskan sebab aku pakai ketika keluar rumah sahaja. Walaupun sebenarnya jika duk rumah pun kena pakai sunblock tau. 
  4. Tidak sesuai untuk kulit berminyak.

  

Sunblock 3W Clinic Tak Selamat Digunakan Jika Mengandung?


Terbaca perkongsian daripada Dr Imran di twitter, sunblock 3W Clinic ni tidak boleh digunakan oleh wanita yang mengandung. 

Jadi kepada ibu mengandung yang menggunakan sunblock 3W Clinic ni sila berhenti guna. Cari sunblock yang selamat digunakan untuk ibu mengandung.


Perbezaan Chemical Sunscreen & Physical Sunscreen 

 

 

Sunblock dan Sunscreen sebenarnya berbeza ! 

 

Walaupun berbeza dari segi fungsi tapi mostly orang selalu gunakan kedua duanya seperti ianya memberi makna atau fungsi yang sama. 

Jadi sebelum beli sunblock boleh la periksa kandungan terlebih dahulu. 


Korang guna sunblock apa? Aku nak cari sunblock baru ! 

 

P/S: Lelaki pun kena pakai sunblock tau bukan perempuan je.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles