Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Masak Siakap Kukus Untuk Pesakit Gerd

$
0
0

Masak Siakap Kukus Untuk Pesakit Gerd


Assalamualaikum.. 

Bila Gerd menyerang memang kena pantang ketat la sikit. Kalau tak pantang mula la anxiety menyerang sekali. Lagi parah bila tak pandai nak kawal anxiety tu. Pening tau hari hari nak kena fikir masak apa untuk panggang dan kukus ni sebab tak tahu nak pelbagai kan macam mana. Kalau mampu pantang ketat makan la bubur nasi setiap hari. Aku tak yakin Lurviey boleh makan bubur setiap hari sebab dia seorang 'pemakan'.  

Baca : Breakfast Untuk Pesakit Gerd

Hari ni masak simple je. Buat Siakap Kukus Gerd Friendly gitu. Sayur untuk Lurviey yillek ! sebab dah habis. Ada kangkung je dan Lurviey tak boleh makan kangkung sebab nanti angin pula satu badan. Kena serang dengan gerd sekarang ni memang perlu elakkan makanan yang boleh menyebabkan angin. Bila angin dalam badan mula la rasa sakit dada. Bila sakit dada, mula la macam macam kat otak fikir seperti sakit jantung dan sebagaimananya yang menyebabkan anxiety dan panic attack. Nampak tak macam mana hubungan antara gastrik/gerd dengan anxiety dan panic attack? 


RESEPI IKAN KUKUS UNTUK GASTRIK DAN GERD

 

Bahan-bahan 

  • Ikan Siakap
  • Bawang Putih hiris
  • Halia hiris
  • Serai hiris
  • Sedikit kuib ayam
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit air

Cara-caranya 

  1. Campur semua bahan diatas dalam satu bekas dan kukus sehingga ikan masak. 
  2. Siap ! - tak perlu letak air limau sebab masam boleh menyebabkan gastrik/gerk lagi teruk. Lada pun tak perlu sebab pedas boleh menyebabkan gastrik teruk.

Ikan yang perlu dielakkan oleh pesakit Gerd - Ikan kembung, ikan pari, ikan bawal hitam dan emas, ikan tongkol dan ikan cencaru. Jika ada radang gastrik, ia boleh menjadi teruk. Simptom yang biasanya berlaku adalah seperti sakit perut, kembung perut, berdebar dan sesak nafas. - Mingguan Wanita 

Bila dah ada penyakit gastrik dan gerd ni, pesakit perlu kenal pasti apa makanan yang trigger kepada penyakit tersebut. Lain orang lain perutnya. 


P/S: Ada cadangan untuk gerd friendly recipe?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles