Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Walk In Vaksin Pfizer MBPJ

$
0
0

Walk In Vaksin Pfizer MBPJ  

Assalamualaikum... 

Pagi semalam hujan lebat. Bila hujan lebat maka lambat la aku nak gerak ke PPV. Sebelum gerak ke PPV settlekan barang Naura dulu untuk tinggalkan kat rumah mama. Alhamdulillah Naura behave sangat. Lega rasanya aku nak gerak ke PPV UniKL BMI. Sampai sahaja kat UniKL BMI, sebelum masuk ke tempat vaksin, bagitahu anggota RELA bertugas kat situ kami walk in. Sedihnya bila dorang cakap walk in dah tutup dah kat sini. What?! Semalam ada anggota RELA bagitahu datang hari (Isnin) ni sebab kelmarin system down

Masuk kereta, bincang dengan Lurviey nak pergi walk in PPV mana sebab yang dekat dengan kami semua dah tutup. Ada 2 sahaja yang paling dekat iaitu PPV Axiata Bukit Jalil dan PPV Dewan Sivik MBPJ. Aku bagitau Lurviey pergi ke MBPJ sahaja sebab PJ lagi dekat. Lagipun kawasan PJ quite familiar dengan kami sebab tu  kawasan kami ronda ronda masa zaman belajar dulu. Heheh. Cuma tak ingat kat celah mana MBPJ ni. 

Sampai dah awal tapi berpusing cari parking almost 1 jam. Alhamdulilllah dapat parking terus ke booth untuk register. Masa tu jam 12.16. Ada banyak pit stop sebelum sampai turn untuk vaksinasi ni. Memang lama menunggu sebab dorang bagitau semalam untuk appointment vaccine sahaja 1000+ dan mereka juga sediakan lebih kuota untuk walk in. 

Semuanya selesai jam 4 petang selepas pemantauan. Alhamdulillah. Tarikh untuk second dose pun dah dapat, 4 October ni. Perut dah lapar, jadi drive thru KFC dekat Mahsa University lepas tu, tapau kari ikan kat mamak dan balik. Tak larat dah aku nak masak. Penat ! Mama call bagitau tak payah datang rumah mama. Naura mama yang hantarkan dengan adik ipar. 

Setakat ni hanya sengal kat tempat cucuk tu sahaja dengan sakit lutut sebelah kanan aku. Tiba tiba sakit. Dah lama tak sakit. Lepas cucuk vaksin, malam semalam mula sakit. Harap hilang la sakit lutut tu sebab susah sangat aku nak bangun duduk masa solat.


Video sebelum hantar Naura ke rumah nenek kelmarin. Pertama kali tinggalkan dia. Kalau boleh semua mainan dia nak bawa.  


P/S: Lega bila dah dapat vaksin ni. Lewat sikit aku berkunjung balas blog korang ye. Banyak kerja pending semalam. Aku settlekan kerja dulu. 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles