Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Nasi Kandar HK Danau Kota Memang Padu

$
0
0

 Assalamualaikum..

Nasi Kandar HK Danau Kota Memang Padu | Kalau sebut nasi kandar bukan semua tempat jual nasi kandar yang sedap.Baru baru ini, kami mencuba Nasi Kandar Hijau Kuning (HK) yang terletak bersebelahan Masjid Ibnu Abbas Danau Kota (tepi jalan). Kebetulan masa beli ni, mereka baru buka dan tak perlu berbaris panjang. 

Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi -Wikipedia 

Aku teringin nak makan kambing jadi Lurviey order set kambing untuk aku dan Lurviey ambil set sotong. Kuah semestinya banjir tapi asingkan sebab bila nak makan baru aku 'banjirkan' sendiri. Dulu aku tak reti makan nasi kandar ni sebab kuah kari campur. Macam pelik je bagi aku. Selalu aku akan makan nasi dengan kuah kari ikan banjir. Cukup bahagia kalau dapat kuah kari ikan yang sedap. 

Baca: Suberi Nasi Kandar Kuala Lumpur

Nasi memang banyak dan potongan daging kambing juga besar. Memang kenyang sangat. 2 kali makan baru habis. Kambing ni pun baru pandai makan beberapa tahun lepas masa makan kat Hadramawt. Sedap rupanya kambing. Dulu kalau sebut nak makan kambing, mesti macam kembang tekak.

Ni set sotong yang Lurviey order. Untuk set sotong ni dapat sekali dengan ayam goreng. Besar pula tu ayam gorengnya. Sotongnya kat bawah ni. 

Besar juga sotongnya tapi aku kurang gemar dan tak kena tekak aku. 

 
Bagi aku, campuran kuah kari nasi kandar ni adalah penentu kesedapan nasi kandar tu sendiri. Kuah Nasi Kandar HK ni memang sedap. Dua kali dah aku beli rasanya sama dan sedap. Lepas ni kalau nak makan nasi kandar aku cari kat sini je. Mudah dan senang nak dapat. Nak pergi Suberi Nasi Kandar susah nak parking.

Korang yang berada berdekatan atau kawasan sekitar Nasi Kandar HK ni boleh la datang. Dorang meniaga kat 2 tempat. 
 
📌Nasi Kandar HK Danau Kota (bersebelahan Masjid Ibnu Abbas)
📌Nasi Kandar HK Tasik Sri Rampai
Waktu Operasi : 11am-5pm (Isnin-Sabtu)
 

 

P/S: Semalam Lurviey ke KPJ, tiba tiba tekanan darah rendah. Bila dah start gastrik ni bermula la fasa anxiety dan panic attack anytime je menyerang. 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles