Assalamualaikum...
Sedap Tak Menu Baru Tealive Onde Onde | Buat penggemar Tealive semestinya korang dah mencuba menu baru ni kan. ONDE ONDE ! Semalam Lurviey beratur lebih kurang setengah jam untuk dapatkan Tealive Iced Onde Onde ni untuk aku.
Rasanya ok ke tidak? Pertama kali aku sedut air ni, rasanya seperti minum cendol cuma lagi manis daripada cendol. Bagi aku rasanya secukup rasa. Lemak lemak manis dengan kerangupan kelapa parut dan juga pearl yang kenyal. Cuma azab sikit la nak habiskan sebab manis boleh potong kaki. Jangan amalkan selalu sebab manisnya bukan bersemut tapi kena potong kaki. Kalau aku nak minum something like this aku akan beli cendol je.
![]() |
Kredit: Halal Foodie |
Menu terbaru daripada Tealive ni ada 3 pilihan menarik iaitu, Iced Onde Onde, Smoothie Onde Onde dan Onde Onde Yum Balls Smoothie.
Kalau nak mencuba tak salah pun asalkan tak minum selalu sebab bagi aku ianya terlalu manis. Perit juga tekak nak habiskan. Lurviey dah beratur setengah jam semata mata nak beli air ni, tak kan aku nak membazir pula.
Harga Tealive Onde Onde
P/S: Tak beli dah sebab cukup sekadar nak 'merasa' je.