Assalamualaikum...
Nescafe Gold Dark Latte | Aku bila dah start minum kopi ni memang susah la nak berhenti. Macam macam kopi aku nak cuba. Tadi tengah masak aku cari lada sulah terjumpa la Nescafe Gold Dark Latte yang aku beli di Eco Shop sebelum PKP hari tu. Bagusnya kat Eco Shop ni dia repack jadi sesuai untuk korang yang nak mencuba sebelum beli pek besar tu. Tak de la menyesal dan membazir.
Esok cuti am, jadi hari ni hari terakhir bekerja bulan Ogos dan hari untuk closing. Sambil tu, cuba Nescafe Gold Dark Latte ni.
Dark Latte sangat sesuai untuk korang yang suka kopi yang pahit pahit gitu. Setiap hirupan air yang masuk terasa pahit dan melekat di lelangit. Strong & Intense. Aku kalau terlalu pahit tak berapa gemar sangat tapi masih mampu habiskan. Asalkan bau harumnya tak memeningkan kepala aku seperti Nescafe 3 in 1 Original pek merah tu. Yang tu memang aku tak boleh bau dan minum. Kepala terus jadi pening.
P/S: Penatnya hari ni !