Assalamualaikum
Makan Tengahari Di Warong Buana Santapan Menggamit Kenangan | Sempena Thaipusam ni plan asalnya nak balik kampung dan sekali bercuti dengan mama dan adik ipar di Pantai Timur tapi terpaksa batalkan sebab Sabtu ni ada pendaftaran sekolah Naura. Jadi plan bertukar ke jalan jalan Melaka.
Mulanya mama nak breakfast di RNR Seremban tapi malangnya tengah renovation jadi kami follow je kereta mama dari belakang sampailah nampak signboard Warong Buana. Warong Buana ni terletak dalam kawasan kampung berhampiran dengan sungai. Ada glamping tau kat area sini.
Di Warong Buana ada pelbagai pilihan menu masakan kampung masak lemak cili padi. Masa aku sampai tadi tak ramai orang lagi dan yang ada geng biker dan geng cikgu sekolah.
Menu pilihan kami, masak tempoyak daun kayu, masak lemak telur itik, masak lemak daging salai, masak lemak siput sedut, masak lemak pisang muda, ayam goreng, telur dadar, ikan keli berlado. Makanan semuanya sedap. Mama paling suka tempoyak daun kayu kat sini. Menambah nambah nasi. Alhamdulillah.
Air sirap sejuk boleh refill sampai kembung perut. Sedap weh panas panas pekena air sirap. Sedap elok tak manis sangat.
Harga affordable dan yang penting rasanya sedap. Jadi berbaloi dengan wang yang di belanjakan. Makan tengahari di taja oleh adik ipar. Semoga murah dan luar rezeki. Aamiin..
Sekeping gambar untuk kenangan. Susah betul nak dapat gambar elok. Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Pantai Klebang sebelum check in.
P/S : Perut kekenyangan.. Mata mengantuk..