Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Pengalaman Free Diaper Untuk Naura

$
0
0

 Assalamualaikum...

Pengalaman Free Diaper Untuk Naura | Finally Naura free diaper juga cuma time emergency je aku akan pakaikan diaper contohnya kalau perjalanan yang agak jauh dan sukar nak berhenti memang aku pakaikan diaper. Hari ni merupakan hari dua puluh dua Naura tanpa diaper. DAH BEBAS DAN MOMMY BERJAYA WALAUPUN AGAK LAMBAT.


Sebenarnya aku nak bebaskan Naura dari Diaper masa umur 3 tahun tapi masa tu aku tengah pregnant Aryan dan memang aku tak larat nak hadap benda benda gini. Mama ada tegur aku dan bagitau kami adik beradik umur 2 tahun dah free diaper. Bila ingat balik, dulu pakai lampin dengan ikat getah tu. Sekarang dah mudah tak perlu nak basuh lampin. Pakai buang je. 

Ok berbalik kepada entri ni, masa pregnant Aryan, aku beli tandas untuk potty train kat Aeon. Untuk permulaan aku ajar Naura guna masa mandi dan aku perasan Naura pun belum sedia nak free diaper. Jadi mommy pun give up hingga Naura dah masuk play school. Aku dan mula risau dan kena bertindak sebab tak lama lagi dah nak masuk sekolah dah. Hari biasa Naura pakai panties siang hari dan setiap kali nak keluar dia nak pakai diaper. 

Satu hari tu, aku ke Cheras dan dari Cheras terus ke Selayang. Aku buat buat lupa nak pakaikan diaper dan bila dah jauh perjalanan baru Naura perasan tak pakai diaper. Alhamdulillah sampai Cheras ok je. Dalam perjalanan Cheras ke Batu Caves Naura bagitau nak terkencing tapi dia cakap tak pe boleh tahan. Jadi, aku biarkan je la sampai la dia dah tak tahan dan terkencing. 😭😭. Nak marah tapi kena sabar. Marah sebab najis tapi tu la, kena kental. Masa last day playschool adalah hari terakhir Naura pakai diaper. Masuk tahun baru aku tak pakaikan diaper pun. 

Alhamdulillah 7 hari berjaya dan masuk hari ke lapan terkencing kat tempat tidur waktu malam di sebabkan aku lupa nak suruh dia pergi toilet sebelum tidur. 

Cara aku untuk elakkan Naura terkencing waktu malam, pastikan tiada pengambilan air manis selepas jam 7 malam kecuali susu. Kalau minum air manis, kebarangkalian untuk terkencing di waktu malam adalah tinggi walaupun dah suruh pergi toilet sebelum tidur. Kalau dia sedar waktu malam, Alhamdulillah tapi kalau terbabas, pening juga mommy nak settle tempat tidur yang kena air kencing tu. Mencabar ye. Nasib baik ada sarung tilam waterproof. Selamat tilam !! Kalau dinner kat luar, memang aku make sure air kosong sahaja, tiada air manis. Ghisauu ye. 


LANGKAH UNTUK AJAR ANAK POTTY TRAINING

Kredit : Hello Doktor

Tunggu turn Aryan pulak. Orang kata anak lelaki lagi susah nak potty train ni. Betul ke? 


P/S: Monday Blues betul hari ni...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles