Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Resepi Blueberry Cheese Cake Mudah

$
0
0
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

[Auto post entry]
Seperti yang dijanjikan,hari ni up pasal resepi Blueberry Cheese Cake. Inilah cake yang paling mudah untuk dibuat cuma bahannya agak mahal sikit. Emm.. Rasanya tak de la mahal sangat kot.


PERINGATAN:RESEPI INI TIDAK MEMERLUKAN OVEN. HANYA PERLU ADA FRIDGE!!!


Bahan-bahan
  • 500g cream cheese
  • 250ml whipping cream
  • 75g butter *double boil*
  • Biskut marie 14keping yang telah dihancurkan *guna biskut lain pun boleh
  • 2/3 sudu besar lemon
  • Jem atau buah Blueberry/Strawberry/Oreo *ikut suka hati anda
Cara-cara

Langkah 1
  • Panaskan butter dengan menggunakan kaedah double boil atau boleh juga guna microwave. 
  • Kemudian, campurkan butter tadi ke dalam biskut yang telah dihancurkan. Gaul sehingga sebati.
  • Lepas tu ratakan adunan tadi ke dalam loyang dan tekan sehingga ianya padat. 
  • Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit- 60 minit
Langkah 2
  • Letakkan cream cheese dan whipping cream dalam mixer. Putar sehingga ia sebati. 
  • Kemudian masukkan lemon 2 atau 3 sudu. Bergantung kepada tahap masam yang kalian nak. Then putar lagi sehingga sebati
Langkah 3
  • Setelah adunan langkah satu telah keras, ratakan adunan yang telah diputar di langkah 2. Kemudian letakkan jem di bahagian atas sekali dan boleh disejukkan di dalam fridge 6-8 jam. 

*Boleh juga mix oreo di langkah 2 atau buah-buahan. Bergantung kepada kreativiti dan lidah dan tekak kalian. Selamat Mencuba!!!!

P/S: Nak buat kat hostel tapi tak de mixer. Jadi lupakan sahaja hasrat nak buat cheese cake.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles