Kiriman Hadiah Dari Mamapipie Dah Sampai
Assalamualaikum
Kelmarin dapat call daripada courier tapi kurang jelas courier apa memandangkan line putus dan aku hanya fikir parcel aku yang dah lama stuck kat shopee. Item dah sampai Malaysia sejak 13hb tapi hingga sekarang masih tiada apa apa update pun. Sakit hati betul aku. Bila aku check kat shopee item masih tiada update dan aku baru teringat Mamapipie ada hantar hadiah.
Hadiah ni sempena jadi pengomen di blog Mama. Tak sangka pula aku tersenarai dan aku pun tahu bila Mamapipie tinggalkan link 20 Top Commentor Tahun 2021 di Blog Mamapipie. Terima kasih buat Mamapipie kirimkan hadiah untuk Naniey dan terima kasih juga sudi singgah di blog Naniey. Semoga diperluaskan dan dimurahkan rezeki buat Mamapipie.
Jom singgah blog Mamapipie. Ada macam macam info menarik dan juga review yang ada di situ.
P/S: Sampai bila shopee nak peram item aku tu. Emmm..