Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Result MGTT Sangkut Kena GDM On Diet

$
0
0

 Result MGTT Sangkut Kena GDM On Diet

 

Assalamualaikum... 

Stress betul bila dapat call daripada KK bagitau result tinggi. Geram pula aku bila nurse bagitau result sangkut dan tinggi. Tapi masa jumpa doktor, doktor bagitau borderline. Sikit sangat ! 0.1 je. Aku nak nangis rasa bila tau result borderline. Borderline pun terus kira ada GDM. Sakit hati betul. Dah la mental aku tak sedia untuk semua ni. Kena hadap pula GDM ni. Sumpah stress !! 

 

Gestational diabetes mellitus (GDM) is a condition in which a hormone made by the placenta prevents the body from using insulin effectively.

Aku rasa memang silap aku juga sebab masa tahu pregnant tu pun memang aku craving benda manis sebab benda lain aku tak boleh nak telan. Dan dua minggu sebelum minum air gula tu pun aku selamba je bancuh milo sampai 2-3 gelas sehari, setiap hari. Tanggung la sekarang ! Menyesal kemudian tidak berguna. Kalau compare masa mengandung Naura dulu tak de la seteruk ni dan aku tak de pun craving benda manis macam sekarang ni. 

Bacaan paras gula GDM
Kredit: Myhealth
 

Masa mula mula tau GDM ni memang aku sedih dan stress sangat dan aku baca kat group tentang GDM ni dan aku tengok kriteria setiap tempat lain. Ada klinik 5.1 masih lepas dan ok, dan ada klinik 5.1 confirm GDM. Kalau swasta inshaAllah tak GDM pun 5.1 tu (most of comment yang aku baca la). Setakat ni dua orang dah doktor aku jumpa masa check up dan dua dua cakap sayangnya sebab 0.1 je. Senyum kelat je la dalam face mask tu. Doktor keluarkan borang untuk aku masuk kelas pemakanan dan juga buat test HBA1C. Dan yang paling aku malas nak buat dan hadap kena buat BSP (blood sugar profile) 4 kali sehari. Kali pertama buat hari tu pagi aku buat kat klinik dan 3 lagi aku buat kat farmasi Healthlane. Kali kedua kena buat, aku beli glucometer tu sebab tak sanggup nak keluar pergi farmasi dah. Buat sendiri kat rumah je senang. Nasib baik KK tempat aku beri kebenaran check sendiri kat rumah sebab ada certain KK memang tak boleh buat kat rumah. Sehari sebelum next check up aku kena buat BSP lagi. Harap bacaan ok ! Sekarang ni aku makan ikut tekak aku je sebab baru boleh makan dan sudah melepasi tahap loya, cuma gastrik kali ni agak teruk. Lepas subuh aku dah lapar dah, dan kalau lambat makan memang muntah buih putih gastrik tu la. 

Last week aku dah masuk kelas pemakanan tu dan nanti aku rajin aku kongsikan next entri. Mudah aku nak buat rujukan juga nanti. 

 

INFO LENGKAP TENTANG GDM ATAU KENCING MANIS SEMASA HAMIL (KLIK SINI)


P/S: Sekarang ni aku tengah serabut bila nak dapat tarikh vaksin. Aku nak balik kampung ni !

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles