Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Masak Lemak Cili Api Rebung Dan Siput Sedut

$
0
0

 Masak Lemak Cili Api Rebung Dan Siput Sedut 


Assalamualaikum

Pagi tadi adik lelaki aku whatsapp ajak datang ke rumahnya untuk makan tengahari. Katanya nak masak siput sedut dan rebung. Aku tak dapat datang sebab tak sampai seminggu pun lagi cucuk vaksin. Then dia cakap tak pe, nanti dia dan isterinya datang hantarkan selepas zohor nanti. 

 

Umpama orang mengantuk, disorongkan bantal, masak lemak cili api kuning ni memang makanan kegemaran aku. Kalau makan nasi, mesti kena banjir kuah lemak tu. Lama sungguh aku tak makan masak lemak cili api rebung. Dulu sebelum Naura lahir selalu juga aku makan rebung kat Restoran Nasi Lemak Marvellous balik dari check up kat KK. Bila dah beranak baru tahu yang rebung tu tajam. Nasib baik lah tak de apa apa masa mengandung tu. Kat otak aku fikir nenas je yang tajam. 

Siput sedut pula last aku makan masa duduk rumah mama sebelum beranak juga. Sedapnya menyedut dengan rasa pedas pedas lemak tu.  Kat Kelantan area Pasir Puteh memang susah nak jumpa siput sedut ni. 

Alhamdulillah kenyang sungguh hari ni. Dapat pula makanan kegemaran aku. Memang tak pandang kiri kanan la makan. Semoga murah rezeki adik aku dan isterinya. Terima kasih sudi datang hantar. Dah fully vaccinated nanti baru boleh berkumpul buat makan makan. Boleh la 'beraya' sebab hari tu masa raya tak dapat jumpa pun walaupun dekat. 
 
 

P/S:  Selamat Hari Malaysia.. Korang keluar jalan jalan or duduk rumah je tu?

 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles