Assalamualaikum...
Ayam Panggang Air Fryer Mudah Tanpa Minyak | Lauk minggu lepas ! Hari ni hajatnya nak beli Ayamas je untuk lunch. Lurviey kena pantang makan panggang dan kukus je. Gastrik dia teruk sangat hingga sakit dada almost seminggu. Semalam Lurviey pergi check up ECG sebab tak puas hati sakit dada menekan. Puas hati la 'kena sekolah' dengan doktor tentang pemakanan dan aktiviti harian. Habis RM140 buat ujian darah dan check ECG termasuk ubat.
Ayam Panggang Air Fryer ni masakan yang paling mudah dan cepat untuk aku sediakan. Yang penting sedap.
Bahan Bahan
- Ayam potong
- 2-3 sudu besar sos tiram
- 2-3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar Minyak bijan
- Bawang putih ditumbuk - lagi banyak lagi sedap
- Sedikit serbuk lada hitam
Cara caranya
- Gaul semua bahan di atas dan perap selama 1 jam
- Dah siap perap boleh masak gunakan air fryer selama 20 minit bergantung kepada suhu air fryer masing masih. Air Fryer Cornell yang aku guna ni tak boleh adjust suhu dan suhu yang dah ditetapkan adalah 200℃.
- Dah siap !
Bila dah siap boleh la makan dengan sos cili Ayamas. Senang kan? Kalau Lurviey kena pantang, aku pun kena pantang juga la ni ye? Boleh kurus ni kalau pantang betul betul. Lol 😁
P/S: Video ada tapi belum edit lagi. Malas betul nak edit upload kat Youtube. Tak sangka dah 10k Subs kat Youtube.