Assalamualaikum...
Berbaloi Ke Bowl-Baloi Marry Brown RM4 | Semalam aku follow Lurviey keluar waktu petang sebab dah lama tak bawa Naura keluar. Duduk dalam kereta je pusing pusing. Pagi semalam hingga tengahari aku buat nasi lemak sambal sardin. Jadi untuk dinner kami plan tak nak makan nasi dan aku suggest Lurviey untuk beli Ayamas Ayam Panggang Telur Asin (Salted Egg Roaster) yang sedang hangat diperkatakan oleh rakan blogger. Sayangnya masa Lurviey sampai kat kedai Ayamas, sudah habis dan ayam percik juga habis. Dah pening nak makan apa.
Aku beli Kiddy Meal ( Minutes maid fresh oranges, bubur ayam dan fries yang ditabur dalam kotak tu je beserta free toys ), bubur pedas bowl, chicken salad bowl dan Italian cheesy rice bites. Total harganya RM22+ sahaja.
Ni bubur ayam dalam set Kiddy Meal dan rasanya ok je sesuai untuk budak. Cuma Naura memang tak makan bubur ni jadi, mommy la tukang perabis. Mana tak naik berat badan ni. Masa nak beli set bowl ni, cashier inform yang chicken sudah habis jadi dorang tukar chicken dengan potongan ayam yang rasanya seperti nugget.
Bubur pedas bowl ni aku teringin nak cuba sebab nampak macam sedap. Dan ternyata sedap sangat sampai aku duk ulang ulang cakap sedapnya bubur ni. Nak repeat lagi esok. Sedap sebab sambal garing dia macam tepat dan kena dengan selera anak tekak aku ni. InshaAllah aku akan repeat lagi bowl ni. Memang berbaloi RM4.
Italian Cheesy Rice Bites ni bagi aku ok ok je. Nak kata sedap sangat tak juga tapi boleh telan. Mungkin rasa italian herbs yang terlalu kuat menyebabkan aku kurang suka RM3.50 dapat 4 biji rice bites ni. Yang ni pun salah satu meal yang aku tak kan order.
Ni la toys yang Naura dapat. Bottle air comel ada muka chipmunks. Chipmunks kan? Naura punya happy tu non stop cakap thank you Daddy.
Tengah taip ni aku teringat ingat kesedapan bubur pedas tu. Nanti aku nak order mee kari. Aku nak cuba lsekali lagi selepas kecewa pertama kali makan dulu. Sangat tak sedap dengan minyak yang banyak dan tak layak aku gelarkan itu mee kari.