Assalamualaikum...
Nestle Koko Krunch Maxx Chocolate Filled Cereal | Setiap bulan aku akan restock susu Everyday kat nestle.soldbyshopee sebab lebih murah daripada aku beli kat kedai. Lepas tu ternampak Maggi Pedas Giler, aku pun add to cart sebab teringin nak makan. Dah lama tak makan walaupun pedas giler. Aku nak cari Koko Krunch Cookie tapi tak de dalam listing kat shopee mart, yang ada Koko Krunch Maxx. Jimat shipping beli kat satu kedai je senang. Kenapa perlu bayar lebih?
Packaging seperti diatas dalam kotak dengan tulisan Yummy Inside sedangkan di nestle.soldbyshopee tertulis melty inside (rujuk gambar di akhir entri) Curious jap.
Rasanya ok lah dan crunchy cuma kat dalam tu tak melty pun. Yummy? Cuma jika dibandingkan dengan yang aku beli di Aeon Big RM1 satu pek kecil, yang tu lagi sedap dan yummy. Lurviey cakap rasanya macam tengik dan lama. Aku check kat packaging production bulan 4 tahun ni dan expired next year. Bagi aku rasanya ok je. Mungkin taste buds Lurviey yang sangat sensitif. Lol 😆
Repurchase? Mungkin tak kot sebab tak mencapai KPI tekak aku.
Kandungan nutrisi Koko Krunch Maxx. Boleh di makan begitu sahaja atau dengan susu ketika sarapan pagi.
Ni la gambar di shopee tertulis melty inside tapi yang aku terima yummy inside. Aku tak pasti sama ada ianya packaging baru atau..... Produk ni dah ada tahun 2018 lagi tapi aku baru tahu kewujudannya minggu lepas. Apoooo 🤯
P/S: Seharian selsema, tak larat nak buat kerja dan fokus pada kerja. Nasib baik larat nak masak.