Assalamualaikum..
Frenche Roast Salted Caramel Latte | Apa apa yang berkaitan dengan salted caramel mesti aku nak cuba. Kali ni aku cuba Frenche Roast Coffee yang dibeli di Eco Shop.
Baca: Nescafe Latte Salted Caramel
Frenche Roast Coffee ni ada dalam pek dan juga dalam tin. Ada 4 varian iaitu original, salted caramel latte, tiramisu cappucino, dan french latte.
Baca : Old Town White Coffee Salted Caramel
Bagi aku rasa salted caramel latte kopi Frenche Roast ni lebih terasa kopinya berbanding salted caramel itu sendiri. Bagi tekak aku kopi dia agak pekat kat tekak aku. Tak terasa pahit pahit manis masin seperti aku harapkan.
Korang yang berminat nak cuba boleh cari kat Petronas. Aku tengok harga kat Petronas lagi murah berbanding kat Eco Shop, atau boleh dapatkan di Shopee atau Lazada.
P/S: Lurviey suruh buat kuah yong tau foo hari ni. Teringin katanya. Korang masak apa dan buat apa hari ni?