Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Dinner Dengan Dominos Pizza Buy 1 Free 2

$
0
0

 Assalamualaikum.. 

Dinner Dengan Dominos Pizza Buy 1 Free 2 | Menjelang malam pasti buntu nak dinner apa. Jarang sangat kami makan nasi waktu malam. Jadi semalam aku bagitau Lurviey order Dominos je la then pergi pick up sebab nak kena keluar beli ubat kat farmasi. Order di apps je dan pandu lalu ambil bila dah siap. Kebetulan farmasi bersebelahan dengan Dominos Pizza. 

Sebut Pizza aku memang prefer Dominos Pizza. Antara pizza yang aku pernah cuba Yellow Cab (dah tak de dah rasanya), Pizza Hut, Canadian Pizza, US Pizza. Tapi yang tetap menjadi pilihan aku adalah Dominos Pizza. 

Pizza wajib ada Beef/Chicken Pepperoni. Ni memang fave aku dari pertama kali aku makan pizza. Aku pilih New York Crust, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kalau korang order di Dominos Pizza apps, korang boleh customize crust pilihan korang. Nipis sangat pun tak sedap dan kalau tebal, muak pula.

Semalam Lurviey pilih flaming tuna dan rasanya sedikit pedas tapi bagi tekak aku ok lah. Cuma untuk orang yang ada gastrik macam Lurviey tak ok sangat sebab pedas. Walaupun rasa sedikit pedas, banyak juga Lurviey makan ni.

Untuk roti pula Lurviey ambil Cheesy Mozarella Stix. Selalunya Lurviey order Cinnastix tapi semalam Lurviey tukar order yang ni. Aku cinnastix memang aku tak sentuh sebab manis. 

 
Party box fabulous four ni kami add on je. Sebab Naura tak makan pizza tapi kami cuba nak ajar dia makan sesuatu yang baru walaupun hakikatnya memang dia tak makan pun. Semalam dia ambil dan jilat mini cinnadots tu dan gigit sikit. Ada la perubahan berbanding sebelum ni. Sekurang kurangnya ada keinginan nak cuba makanan baru. Harga party box RM19 jika beli combo dengan deal Buy 1 Free 2. Total Deal Dominos Pizza Buy 1 Free 2 dengan Party Box Fabulous For RM53.30 termasuk service tax. 

 

 P/S: Teringin nak cuba Pizza San Fransicso. Selalu lalu kat situ bila nak pergi Aeon Big Wangsa Maju



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles