Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Padu Daripada Meat Boss Malaya

$
0
0

 Assalamualaikum... 

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Padu Daripada Meat Boss Malaya | Masak lemak memang fave aku. Daging salai pun lauk fave aku juga. Jadi bila bergabung daging salai masak lemak cili api memang padu teruk. 

Aku nak bagitau korang bahawasanya Daging Salai Masak Lemak Cili Api kali ni adalah the best in town yang pernah aku makan. Sumpah sedap sangat. Daging salai yang aku beli ni daripada Meat Boss Malaya. Seperti biasa aku beli kat shopee je. 

Untuk 150gram daging salai ni dengan harga RM15 bagi aku sangatlah murah. Korang boleh pilih sama ada nak beli daging salai sahaja atau korang nak sekali dengan rempah. Untuk rempah ada dua pilihan rempah iaitu rempah masak lemak cili api dan juga gulai padang siap dengan cara penggunaan

Bagi tekak aku, rempah masak lemak cili api yang disediakan memang dah cukup rasa di mana tak perlu nak adjust rasa. Cukup rasa pedas, masam, masin semua di tambah pula dengan bau salai yang menyengat hidung. Sedapnya.Potongan daging juga agak besar dan ada banyak keping. Portion 150g bagi aku cukup untuk 2-3 orang makan. Kalau beli kat kedai mana dapat harga RM15 macam ni. 

Tahap kepedasan masak lemak cili api ni memang tersangat pedas. Jadi kalau korang tak makan pedas mungkin boleh letak sikit je rempah dia or korang beli daging sahaja tak perlu rempah. Walaupun pedas, tapi sangat sedap. Bertambah tambah nasi aku. Leftover masak lemak aku buat makan spagetti semalam, ala ala cafe hipster. 

 

Repurchase? InshaAllah, aku akan repurchase sebab sedap sangat. Aku nak try gulai padang dulu. Kalau korang berminat nak cuba boleh dapatkan di shopee 

Shopee - https://shopee.com.my/meatbossmalaya

 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles