Assalamualaikum..
Mencari Momentum Yang Hilang | Kalau 5 tahun lepas nak dapat 10000 ke 12000 step tu mudah sangat tapi sekarang sangat susah. Nak dapatkan semula momentum yang telah hilang sejak aku kahwin ni memang agak sukar. Mana taknya, baru nak workout, Naura tarik tangan aku minta teman atau tengok dia main. Adehhh..
Sampai aku sedar, aku perlukan perubahan. Aku kena back on track macam dulu walaupun hanya lite workout sahaja. Boleh baca entri aku tentang fave Workout Ringkas Di Rumah.Semalam target aku nak 5000-8000 steps sahaja, tapi Alhamdulillah dapat 10000 steps. Permulaan yang bagus. Semoga terus berjaya. Misi nak turunkan berat badan aku walaupun BMI normal tapi aku rasa tak selesa dengan berat macam ni. Ni semua cucuk depo punya pasal sampai berat aku pun naik. Target aku tak banyak pun nak hilangkan lima atau enam kilo je tapi aku tahu memang sukar. Sambil exercise, aku kena ubah meal plan aku juga. Tak banyak pun tapi sikit. Slowly but surely. Boleh? Dear Self, Good Luck !