Quantcast
Channel: nanieybarnieylurviey
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Kek Timba By Arjuna Bakery | Chocolate Indulgence Cheese

$
0
0

 Assalamualaikum 

Kek Timba By Arjuna Bakery | Minggu lepas pergi rumah MIL makan makan dan lepas isyak mama panggil aku tanya "Nani nak perisa apa kek timba? Mama nak order ni"Kek Timba? First time aku dengar kek timba. Ketinggalan betul aku. Rupanya kek timba tu kek dalam bekas besar nata de coco tu. Teringat timba yang mandi kat telaga tu. Tapi timba tu lagi besor ler.. 

Kek timba ni berlapis dengan cheese. So asasnya semua jenis Kek Timba By Arjuna Bakery ni ada cheese. Aku pilih chocolate indulgence. Kalau pergi Secret Recipe memang ni la pilihan pertama aku.

 

Ada macam macam pilihan tau Kek Timba by Arjuna Bakery ni. Memang sedap dan puas hati. Harga RM15 sahaja. Kalau korang jenis sukakan kek tapi nak murah dan sedap boleh try Kek Timba ni. Aku makan sorang je kek timba ni sebab Lurviey tak suka kek. Dah tiga hari makan baru habis separuh bekas.  


Antara pilihan Kek Timba by Arjuna Bakery

  • Tutty Fruity Cheese
  • Indulgence Cheese
  • Lotus Biscoff Cheese
  • Choc Moist Cheese
  • Choc Oreo Cheese
  • Red Velvet Cheese
  • Tiramisu Cheese
  • Rainbow Cheese
  • Blueberry Cheese
  • Strawberry Chocolate Cheese
  • Mango Cheese
  • Unicorn Sweety Cheese
  • Nestum Delight Cheese
  • Pecan Butterscoth Cheese
  • Black Forest Cake
  • Pandan Gula Melaka
  • Vanilla Chocolate Nutella
  • Choc Cadbury Milk
  • Choc Kit Kat
  • Vanilla Choc Kinder Bueno

Banyak pilihan kan. Mama cakap Pandan Gula Melaka best. Mango Cheese pun mama dah cuba tapi tak kena dengan tekak sebab manis. Korang berminat nak try boleh cari kat facebook dengan agen agen berdekatan dengan korang. Aku lupa pula nak minta dengan mama no telefon seller yang mama beli ni.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1083

Trending Articles