Harga Numb Cream | Cara Pakai Numb Cream | Pantang Larang Pakai Numb Cream
Assalamualaikum
Dermarolling menyakitkan? Iye memang sakit jika kalian tak boleh tolerate dengan pain dan juga wajib pakai numb cream sekiranya anda menggunakan saiz jarum 1.5mm dan ke atas. Numb cream yang biasanya digunakan adalah EMLA dan LIDOCAIN. Dan bukan semua orang boleh pakai numb cream ni dan bagi kalian yang ingin DIY di rumah baca dan fahami apa pantang larangnya dan cara nak pakai macam mane.
- Bersihkan wajah anda dan bilas
- Lap wajah anda hingga kering
- Prosedur dermarolling hanya memerlukan sedikit sahaja numb cream
- Gunakan gloves untuk meletakkan numbing cream di tangan anda (untuk elakkan daripada tangan anda juga kebas dan menganggu prosedur dermarolling
- Sapu secara menipis di wajah anda
- Biarkan selama 15-20 minit (tidak lebih daripada 30 minit)
- Jangan biarkan numb cream di wajah lebih daripada 1 jam.
- MESTI sapu krim terlebih dahulu dengan kain lembap sebelum memulakan prosedur dermarolling.Ini untuk mengelakkan daripada numb cream masuk ke dalam microchannels (hasil dermarolling) dan menyebabkan kesan sampingan.
Info Penting Sebelum Menggunakan Numb Cream
JANGAN GUNAKAN Numb Cream
- Jika anda menyusukan bayi, mengandung atau merancang untuk mengandung
- Jika anda alergik pada makanan, ubat-ubatan
- Jika anda ada alergik terhadap anesthethic seperti ruam, pening-pening, susah bernafas
- Jika anda ada masalah jantung, buah pinggang
- Jika anda sedang sakit
Harga numb cream Emla adalah RM209 untuk 30G dan untuk 5G lebih kurang RM40++
Harga numb cream Lidocain adalah RM98 untuk 38G
Di mana nak dapatkan numb cream ni? Numb cream boleh beli di farmasi dan ianya adalah ubat kawalan. Jadi pharmasict yang boleh prescribed ubat tu. Dan lebih mudah kalau beli tu ringankan mulut tanya apa yang boleh dan tak boleh. Bukan semua farmasi ada dan ada juga yang akan soal siasat kalian macam-macam. Lol!


