اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Untitled.
Ye.. Untitled.
Makin parah bile dah berapa hari tak update ni.
Taip... Padam... Taip... Padam...
Tak dapat fokus...
Busy..
Mengalahkan pak menteri. Kononnyeee..
Bile 'me coolie and me boss' inilah jadinye..
Dah boleh dah ni nak hire staff..
InshaAllah...
Tunggu ada physical office dulu kot.
Skang semua virtual.
Doakan ye...
Entri merapu merepek..
Sebab tu letak untitled.
Boleh la cakap apa saje..
Minggu lepas penat busy dengan stok Chanel dan juga PUBM.
Minggu ni fokus pada PUBM.
Consultation.. Specifically..
Hujung minggu, InshaAllah open order new design untuk Chanel.
Moga diberi kemudahan dan tubuh badan minda emosi yang sihat.
Masih belum pulih sepenuhnye.
Bendalir kurang dalam badan.
Malam ni relax awal, esok ada keje.
Lusa jumpe customer.
Untitled..
Kadang kala cube memuaskan semua orang
Terutama kalian yang membaca entri ini..
Terima kasih tak terhingga kerana masih sudi menjadi pembaca setia, pengomen tegar disini.
Tak mampu saya untuk menjejak kalian untuk sementara waktu ini.
Komitmen yang makin bertambah..
Komitmen untuk mengejar mimpi.
Masa untuk mengejar mimpi.
Eceeee... Ye saya ada mimpi saya..
Kalian juga..
Saya pasti kalian pasti mempunyai mimpi.
Cume mimpi kite mungkin berbeza dan cara untuk merealisasikan juga berbeza.
The best word yang boleh describe me hari ini adalah 'survive'. Survivor.
Bukan mudah untuk survive tapi Alhamdulillah..
Dengan keyakinan InshaAllah...
Lurviey pernah 3-4 kali tanya saya.
Nak test ler tu kan..
"Menyesal tak berhenti keje"
Ye la daripada ada gaji yang tetap dengan KWSP..
Alhamdulillah, saya tak menyesal dengan pilihan yang saya lakukan.
Saya tahu ianya pasti sukar. Tapi Allah ada.
Percaya pada Allah, percaya pada rezeki yang datang dari Allah bukan dari manusia, InshaAllah.
Saya tahu mama papa mungkin ada sedikit perasaan kecewa.
Masakan ada degree mau keje sendiri.
I just wanna be. I wanna be what I wanna be not what others want me to be.
Alhamdulillah mereka faham.
Saya ada alasan sendiri kenapa tidak mau kerja dengan kerajaan.
Bukan anti-kerajaan ye. Cume tak suke terikat dan diikat.
Nampak tak...
Saya sudah melalut..
Memula nak tulis benda lain..
Tapi come up dengan benda lain..
Tak pe la..
Mencari titik keseimbangan dalam hidup itu perlu.
Barulah balance hidup.
Sekian...
Tak tahu plak bile entri seterusnya..
Mungkinkah esok masih ada???
Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu Kak Intan yang telah pergi menghadap Ilahi hari ini. Al-Fatihah.
Terima kasih meluangkan masa membaca entri gred F ni.